Monday, March 28, 2011

Syok ke jadi guru DPLI dan KPLI?

Untuk yang berminat nak menjadi guru DPLI dan KPLI


kerjaya Guru DPLI dan KPLI
Sekarang musim mengisi borang DPLI atau diploma perguruan lepasan ijazah dan KPLI atau Kursus Perguruan Lepsan Ijazah sudah muncul kembali.

Saya pun pelik, ramai betul yang minat nak jadi guru hinggakan kerjaya guru sememangnya yang popular sekali di Malaysia sebenarnya. Sebagai seorang pendidik, saya juga turut berasa bangga apabila menjawat jawatan ini. Setiap tahun beratus ribu yang apply untuk jawatan guru DPLI ini namun hanya segelintir saja yang berjaya.

Kenapa terlalu ramai sangat yang menginginkan jawatan yang satu ni?
Adakah kerjanya senang saja? Anda pasti?

Kelebihan Guru DPLI dan KPLI

Baik, antara kelebihan anda menjadi guru DPLI dan KPLI adalah:-
  1. Elaun yang tinggi
  2. Waktu kerja yang singkat (6 Jam saja)
  3. Cuti yang panjang (Sentiasa ada sepanjang tahun)
  4. Kerja yang ringan (tak perlu membanting tulang)
  5. Seronok mengajar kanak-kanak kecil atau adik-adik sekolah.
  6. Elaun banyak
  7. Gaji memuaskan (gaji mula bagi guru DPLI adalah lebih RM1800, tak termasuk elaun)
Dan lain-lain lagi kelebihan bagi setiap kakitangan awam. Memang seronok sebenarnya. Kerjanya seorang guru DPLI dan KPLI dilihat sebagai santai saja.

Ini merupakan diantara sebab mengapa permohonan untuk menjadi guru DPLI dan KPLI meningkat dari masa ke semasa.

Namun banyak perkara yang perlu ada sebelum anda boleh berjaya sebagai seorang guru DPLI dan KPLI

Ada juga beberapa cara untuk memohonnya. Bukan sewenang-wenangnya anda ditawarkan dengan tugas tersebut. Saya akan kongsikan tips untuk diterima menjadi guru DPLI dan KPLI di post akan datang ya?

Jadi bagi yang berminat untuk menjadi guru DPLI dan KPLI, semoga berjaya.


P/S - Jom dengar lagu Guru Malaysia.